TEAM ONLINE

Team Online ditubuhkan pada Jun 2020 semasa pandemik Covid 19 sedang memuncak di Malaysia. Tujuan penubuhan Team Online adalah untuk membantu penternak mendapatkan bekalan dan keperluan menternak tanpa perlu keluar dari rumah/reban.

Operasi Team Online dimulakan dengan menjadi ‘Seller’ di platform Shopee dan Lazada. Antara barangan yang dijual termasuklah pelbagai jenis dedak, peralatan dan vitamin untuk semua jenis ternakan. 

Pada waktu yang sama juga, Team Online turut menawarkan servis penghantaran anak unggas dari Alor Pongsu Perak sehingga ke Skudai Johor. Antara anak unggas yang boleh dihantar termasuklah Puyuh, Ayam Kampung Arab, Ayam Kampung Asli, Ayam Kampung Kacuk, Ayam Gajah, Ayam Daging, Itik Penelur, Itik Daging serta Angsa. Penghantaran dijalankan setiap hari Isnin dan Khamis (mengikut terma dan syarat)

Selain penghantaran, tempahan melalui pos juga disediakan bagi pembelian pelbagai peralatan menternak seperti mesin inkubator dan pencabut bulu ayam/puyuh. Kewujudan Team Online Sumber Unggas telah membantu memudahkan pelanggan-pelanggan Sumber Unggas membeli keperluan menternak dengan lebih praktikal.

Di samping itu, perkhidmatan nasihat ternakan juga disediakan untuk penternak-penternak yang baru mula belajar menternak.



Tukar ke versi mobile
Langgan Risalah