SUMBER UNGGAS FARM

Sumber Unggas Farm merupakan titik permulaan operasi syarikat. Ladang Pembaka Ayam Kampung dan Puyuh ini mula beroperasi pada awal tahun 2017. Projek pembakaan unggas disini dimulakan dengan menternak induk ayam kampung asli, dan kemudiannya menambah induk Ayam Kampung Arab. Baka Ayam Kampung Arab di Sumber Unggas Farm merupakan baka Ayam Kampung Arab terbaik di Malaysia kerana telah melalui proses ‘Selection Breeding’ selama lebih 7 generasi. Baka Ayam Kampung Arab dari Sumber Unggas Farm mempunyai 90-95% keseragaman dan mampu bertelur pada kadar purata sehingga 65%.

Pada tahun 2018, Syarikat telah dilantik sebagai salah seorang peserta untuk Projek Pembaka Parents Stock Ayam Kampung Mardi. Pada tahun 2019, Sumber Unggas Farm telah membina reban baru untuk memulakan projek penetasan Puyuh Hybrid. Pada tahun 2021, Sumber Unggas Farm mempunyai kapasiti menghasilkan 65,000 ekor anak puyuh sebulan secara konsisten.

Sumber Unggas Farm dilengkapi dengan fasiliti lengkap. Antara fasiliti yang terdapat di termasuklah rumah pekerja, stor peralatan, stor dedak dan bilik penetasan.
 


Tukar ke versi mobile
Langgan Risalah